Tuesday, September 18, 2012

My Friends married My Cousins

Dunia nie kecil sahaja....walaupun kita duduk jauh sekali pun tak kira di mana-mana...baik dalam Malaysia @ luar negara...pasti akan bertemu jua...kisah yang tak di sangkakan 2 orang rakan sekolah menengahku bertemu jodoh dengan sepupuku...itulah di namakan jodoh meskipun mereka bukanlah satu sekolah...

KISAH 1
Sepupuku lelaki yang bernama Nur Azhan a.k.a Ann (ayahku dengan ayahnya adik beradik) bertemu jodoh dengan kawan baikku yang bernama Tengku Nur Izlinda a.k.a Lin...Percintaan mereka tidaklah pula ku tahu bagaimana terjadi...selama nie bile berjumpa & bertanyakan tentang pasangan masing2 diam seribu bahasa...bila ditanya pada sepupuku siapa nama tunangnya...dijawabnya Lin(pada zaman sekolah dia dikenali dengan nama Tengku)...Pada majlis di rumah pengantin perempuan aku tak dapat turut serta kerana tuntutan kerja...Tibalah pula majis sambut menantu di rumah pakcikku...sewaktu mempelai di arak tatkala itulah aku terkejut & pengantin perempuan pun terkejut kerana tidak di sangka rupa-rupanya kami akan menjadi satu keluarga...Walaupun sudah bertahun berlalu ia masih tetap terpahat di mindaku...Semoga mereka akan terus bahagia hingga akhir hayat...pasangan ini akan menimang cahaya mata yang kedua october nanti...semoga semuanya selamat


MUNGKIN SEJARAH BERULANG LAGI


KISAH 2
Kisah ini baru je terjadi...Tanggal 15 Sept 2012...aku sekeluarga telah berkunjung ke rumah pakcik di telok rimba muar sempena majlis perkahwinan anak sulungnya Syikin (atau di kenali dengan Along)...kami tidaklah terlalu rapat kerana dia jarang balik ke kampung di Raub Pahang...hubungan tu terjalin kembali rapat pada penghujung tahun lepas...(oh ya makku dengan ayahnya adalah sepupu)...Sewaktu pemergian aki sedara kami pada tahun lepas....barulah kami bertemu kembali & pakcikku memberitahu bahawa anak sulungnya akan berkahwin pada tahun ini & bakal besannya orang Raub(waktu itu)...akhirnya kembali jua ke Raub...hehehe...berbalik kepada cerita sempena majlis perkahwinannya...hati ini tertanya-tanya juga adakah aku kenal pengantin lelaki ini(al-maklumla org Raub) tetapi masih tak dapat jawapannya...namun bila ku lihat macam pernah ku jumpa orang nie tapi di mana ya...tak mau serabutkan kepala abaikan saja maklum org satu kampung...hehehe...akhirnya malam ini (18/9/12) terjawab sudah apabila kawan2 wish kat wall FB Azam Saari Selamat Pengantin Baru (di dalam hati berkata ada juga kawan zaman sekolah yg menamatkan zaman bujang)jari-jemari ku pun click la nama Azam Saari...tiba2 pandangan ku terlihat wajah2 pengantin macam ku kenal....Oh tidak...rupanya seorang lagi kawan sekolah menengahku berkahwin dengan sepupuku(kali nie sepupu perempuan)...( oh lupa nak bagitau aku dengan azam satu sekolah kami tak rapat hanya kenal gitu2 je)..jadi segala persoalan yang berada diminda sudah terjawab...kisah percintaan mereka juga tidak ku ketahui bagaimana...sorang di pahang sorang di johor...jika sudah jodoh akhirnya mereka bertemu....Anyway ku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALONG SYIKIN & AZAM SAARI SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT...akhirnya bersaudara jua kita :-)

Begitulah kehidupan kita di dunia nie yang tidak di sangka-sangka akan berlaku....sudah macam pelengkap pula untuk keluargaku...di mana sebelah Abahku sepupu lelaki kawen dengan kawan perempuan sekolahku...di sebelah emakku sepupu perempuan kawen dengan kawan lelaki sekolahku...adakah selepas nie akan terjadi lagi sebegini...apa-apa pun kita tunggu & lihat sahaja.


DOAKU UNTUK KALIAN SEMUA SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT...SEMOGA IKATAN PERSAUDARAAN INI AKAN TERJALIN UNTUK SELAMA-LAMANYA...AMIN...

No comments:

Post a Comment