Friday, March 29, 2013

NOVEL KE DRAMA & FILEM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama sudah tak menjenguk blog nie...kesian ia kerana sudah berbulan-bulan tak di sentuh oleh missgirlz...sori sangat2 ye bukan tak ingat tapi keadaan & masa yang tak mengizinkan untuk meluahkan segala rasa hati di sini....

Tapi malam nie nak update tentang fenomena drama & filem melayu pada masa kini....berlumba-lumba syarikat produksi nak buat drama & filem yang di adaptasi dari novel...(maybe musim drama & filem dari novel) apapun pada saya ianya sangat menarik & sentiasa dinantikan oleh semua orang untuk menonton cerita2 tersebut...

Kalau nak dikirakan banyak novel2 yang best boleh dijadikan sebuah drama & filem....tapi perlu di ingatkan agar sesebuah drama @ filem tersebut mestilah yang berkualiti & ada mesej yang hendak di sampaikan kepada para penonton...untuk menjadikan sesebuah drama @ filem itu meletop pastikan para pelakonnya bersesuaian dengan watak yang dibawanya jangan main tangkap muat & harapkan muka hensem & comel je tapi lakonan hampas....seseorang pelakon tu ada aura yang tersendiri...ada yang sesuai dengan watak kampung @ bandar, Jahat @ baik serta ada juga yang boleh melakonkan semua watak...tetapi itu semua terpulang kepada produksi filem tersebut nak ambil siapa pelakonnya...kami sebagai penonton hanya menonton sahaja...jika bagus ramailah yang menonton...jika kurang hanya mampu berserah sahaja...

So jangan lupa kita saksikan SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA di TV3 setiap Jumaat jam 9.00 malam


So mari kita bersama-sama nantikan kemunculan drama2 & filem2 yang telah di adaptasi dari novel2 terbaik karya anak2 tempatan...terima kasih & syabas kepada semua penulis2 novel yang telah mengangkatkan sesebuah novel ke layar perak...

Semoga perfileman negara kita terus maju & berjaya setanding perfileman antarabangsa.