Monday, October 29, 2012

HIBURAN

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !
TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .
GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .
MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .
IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !
IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !
INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gadu
h ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?
FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!
YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !
GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !
MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?
TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik..baru korang tau siapa paling power! 

                 "Menghiburkan hati yang sedang duka lara"

Wednesday, October 10, 2012

PERGI TAK KEMBALI LAGI

Tanggal 10 October 2012 perginya seorang pendidik anak bangsa Allahyarham Halim Shah atau lebih di kenali dikalangan anak muridnya Sir Halim...terkilan rasa di hati kerana tidak berkesempatan untuk melawatnya di hospital kerana kesuntukan waktu ketika pulang ke kampung minggu lepas..sudah tiada rezeki untuk berjumpa dengan arwah....beliau begitu banyak berjasa kepada sekolah menengah tengku kudin...beliau merupakan seorang guru bahasa inggeris & matematik...beliau juga begitu rapat dengan anak2 muridnya...diri ini berasa beruntung kerana mendapat didikan daripada beliau...semasa di tingkatan 3 beliau telah mengajar subjek matematik & di tingkatan 5 beliau mengajar subjek bahasa inggeris...masih lagi terbayang-bayang cara beliau mengajar...tidak akan ku lupa tagline beliau bila kami mengucapkan terima kasih...pasti beliau akan membalas "kasihmu ku terima"....
SIR HALIM semoga dirimu aman damai & tenang di sana...hanya doa kami kirimkan...semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
AL-FATIHAH

Tuesday, September 18, 2012

My Friends married My Cousins

Dunia nie kecil sahaja....walaupun kita duduk jauh sekali pun tak kira di mana-mana...baik dalam Malaysia @ luar negara...pasti akan bertemu jua...kisah yang tak di sangkakan 2 orang rakan sekolah menengahku bertemu jodoh dengan sepupuku...itulah di namakan jodoh meskipun mereka bukanlah satu sekolah...

KISAH 1
Sepupuku lelaki yang bernama Nur Azhan a.k.a Ann (ayahku dengan ayahnya adik beradik) bertemu jodoh dengan kawan baikku yang bernama Tengku Nur Izlinda a.k.a Lin...Percintaan mereka tidaklah pula ku tahu bagaimana terjadi...selama nie bile berjumpa & bertanyakan tentang pasangan masing2 diam seribu bahasa...bila ditanya pada sepupuku siapa nama tunangnya...dijawabnya Lin(pada zaman sekolah dia dikenali dengan nama Tengku)...Pada majlis di rumah pengantin perempuan aku tak dapat turut serta kerana tuntutan kerja...Tibalah pula majis sambut menantu di rumah pakcikku...sewaktu mempelai di arak tatkala itulah aku terkejut & pengantin perempuan pun terkejut kerana tidak di sangka rupa-rupanya kami akan menjadi satu keluarga...Walaupun sudah bertahun berlalu ia masih tetap terpahat di mindaku...Semoga mereka akan terus bahagia hingga akhir hayat...pasangan ini akan menimang cahaya mata yang kedua october nanti...semoga semuanya selamat


MUNGKIN SEJARAH BERULANG LAGI


KISAH 2
Kisah ini baru je terjadi...Tanggal 15 Sept 2012...aku sekeluarga telah berkunjung ke rumah pakcik di telok rimba muar sempena majlis perkahwinan anak sulungnya Syikin (atau di kenali dengan Along)...kami tidaklah terlalu rapat kerana dia jarang balik ke kampung di Raub Pahang...hubungan tu terjalin kembali rapat pada penghujung tahun lepas...(oh ya makku dengan ayahnya adalah sepupu)...Sewaktu pemergian aki sedara kami pada tahun lepas....barulah kami bertemu kembali & pakcikku memberitahu bahawa anak sulungnya akan berkahwin pada tahun ini & bakal besannya orang Raub(waktu itu)...akhirnya kembali jua ke Raub...hehehe...berbalik kepada cerita sempena majlis perkahwinannya...hati ini tertanya-tanya juga adakah aku kenal pengantin lelaki ini(al-maklumla org Raub) tetapi masih tak dapat jawapannya...namun bila ku lihat macam pernah ku jumpa orang nie tapi di mana ya...tak mau serabutkan kepala abaikan saja maklum org satu kampung...hehehe...akhirnya malam ini (18/9/12) terjawab sudah apabila kawan2 wish kat wall FB Azam Saari Selamat Pengantin Baru (di dalam hati berkata ada juga kawan zaman sekolah yg menamatkan zaman bujang)jari-jemari ku pun click la nama Azam Saari...tiba2 pandangan ku terlihat wajah2 pengantin macam ku kenal....Oh tidak...rupanya seorang lagi kawan sekolah menengahku berkahwin dengan sepupuku(kali nie sepupu perempuan)...( oh lupa nak bagitau aku dengan azam satu sekolah kami tak rapat hanya kenal gitu2 je)..jadi segala persoalan yang berada diminda sudah terjawab...kisah percintaan mereka juga tidak ku ketahui bagaimana...sorang di pahang sorang di johor...jika sudah jodoh akhirnya mereka bertemu....Anyway ku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALONG SYIKIN & AZAM SAARI SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT...akhirnya bersaudara jua kita :-)

Begitulah kehidupan kita di dunia nie yang tidak di sangka-sangka akan berlaku....sudah macam pelengkap pula untuk keluargaku...di mana sebelah Abahku sepupu lelaki kawen dengan kawan perempuan sekolahku...di sebelah emakku sepupu perempuan kawen dengan kawan lelaki sekolahku...adakah selepas nie akan terjadi lagi sebegini...apa-apa pun kita tunggu & lihat sahaja.


DOAKU UNTUK KALIAN SEMUA SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT...SEMOGA IKATAN PERSAUDARAAN INI AKAN TERJALIN UNTUK SELAMA-LAMANYA...AMIN...

Thursday, August 16, 2012

SALAM AIDILFITRI

RAMADHAN SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA...SYAWAL BAKAL MENJELMA TAK LAMA LAGI...DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI AMPUN MAAF PINTA ANDAI ADA SALAH SILAP SELAMA INI....KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN PANDULAH DENGAN CERMAT INGATLAH ORANG TERSAYANG...SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DI TUJU...
SALAM AIDILFITRI DARI SAYA SEKELUARGA.

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA MUSLIM & MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA

Thursday, June 21, 2012

Luahan Hati

Ya Allah, dugaan datang lagi pada diriku...aku tidak tahu apa masalah yang membuatkan mereka begitu benci akan diri ini...Apa salahku pada mereka ini yg sentiasa cuba mencari kesalahan diriku....kenapa mengapa begitulah persoalan yang bermain difikiran ketika ini...Ya Allah aku memohon petunjuk darimu & berikanku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan ini...hanya padamu tempat untukku mengadu.

"Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan"

Monday, June 18, 2012

Cinta Azali

Semenjak mula kita bersua
Bergetar rasa di dalam jiwa
Apakah ini tandanya
Ada janji antara kita

Setiap hari kita berdekatan

Rasa hangatnya kemesraan
Bila kita berjauhan
Gelora jiwa kerinduan

Kita bersama terus kembara

Jauh ke taman asmara
Di sana cinta berpadu
Menjadi satu oh... oh...

Demi cinta suci ini

Kurnia dari Illahi
Biarpun ke lautan api
Sanggup diharungi

Memang sudah suratan azali

Kita dipertemukan di dunia
Sehingga kita kembali
Bertemu semula di syurga

Saturday, June 16, 2012

Pasha Ungu feat Rossa-KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku


10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



“ Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan”

Wednesday, May 16, 2012

HAPPY BIRTHDAY

16 May 1982 lahirlah seorang puteri yang diberi nama Mazlyni Binti Hamdan.Puteri ke- 6 kepada pasangan Hamdan Bin Ahad & Normah Binti Abdullah yang dilahirkan di Hospital Daerah Raub.Pada hari ini 16 may 2012 genaplah 30 tahun umur puteri tersebut.

Syukur Alhamdullilah kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi sehingga kini.pejam celik pejam celik sudah sampai ke angka 3 series.sekejap sungguh masa berlalu rasanya bagaikan baru semalam menjadi kanak-kanak.Pelbagai kenangan pahit manis yang di tempuhi sepanjang hidup ini.Ya Allah aku berdoa moga diri ini akan terus bernafas & bernafas sehingga bila masa,saat,waktu & ketikanya ia di panggil oleh penciptanya.Tabahkan hati,kuatkan iman ini untuk teruskan perjuangan dalam hidup demi masa hadapan.Kepadamu ku berdoa moga segala pekerjaan,kelakuan ku ini akan diterima,diredhai &dirahmati olehnya.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU INI SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH,DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI & SENTIASA DI DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT...AMINN.