Salam Satu Malaysia
Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2009.Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Hari ini berbagai perasaan yang muncul sedih,gembira,suka,duka & bermacam-macam lagi.Terimbau kembali kenangan yang berlaku pada tahun ini dari gembira hinggalah yang duka.Setiap kali bila tiba tahun baru semua orang mempunyai AZAM yang baru.Tetapi adakah setiap Azam yang kita tanamkan itu akan tercapai? Dari pengalaman orang yang berada disekeliling ini ada yang tercapai & ada yang tak tercapai. Sebenarnya ia terletak pada hati & diri kita sendiri untuk menunaikan setiap Azam yang kita tanamkan.
Kenangan Tahun 2009
Pada tahun ini bermacam-macam yang berlaku dalam kehidupan ini.Ada suka & ada duka semuanya perlu ditempuhi untuk meneruskan kehidupan kita pada masa hadapan.2009 juga telah membuatkan saya bertemu dengan rakan-rakan sekolah,kolej yang terpisah sekian lama.
Pertemuan di alam maya mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.Ia juga mengeratkan silaturahim antara saudara mara yang jauh & dekat.Itula yang sedang hangat diperkatakan setiap orang mengenai laman web popular FACEBOOK.
Ada juga kenangan pahit yang berlaku dalam tahun 2009.Tapi apa boleh buat kita terpaksa terima segalanya.Apa yang penting kita ambil yang jernih dan buang yang keruh.Semua itu kita jadikan sebagai kenangan & pengalaman.
Tahun 2010
Pada tahun 2010 mengharapkan ada sinar baru yang akan menjelma.Agar apa yang di impikan akan terlaksana.2010 juga mengharapkan sebuah kehidupan yang baik & dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi.Moga-moga diberikan kesihatan yang baik kepada diri sendiri dan jugak kepada ahli keluarga.Diharap 2010 membawa cahaya kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini.....AMIN.
AZAM
Azam tahun 2009 ada yang tercapai & ada juga yang tak tercapai.Yang tak tercapai akanku bawa ke tahun 2010.Moga-moga segala impian & azam yang di tanam pada tahun 2010 akan terlaksana.
Akhir kata selamat tinggal tahun 2009 apa yang berlaku akan dijadikan panduan untuk hari-hari yang mendatang.
Selamat datang tahun 2010 semoga tahun ini dilimpahi dengan rezeki yang murah & diberikan kesihatan yang baik dalam menempuhi kehidupan ini.Cahaya Keberkatan Hidup.
No comments:
Post a Comment