SALAM AIDILADHA kepada semua umat islam di seluruh dunia...dimana kita akan menyambutnya pada 27hb November 2009 bersamaan 10 zulhijjah...kepada ahli keluarga yg pegi menunaikan ibadah Haji semoga selamat menjalani ibadah dengan sempurna & mendapat Haji Mabrur.
Kepada kawan-kawan yg pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya....kepada semua pemandu pandula dengan cermat & ingatlah org tersayang....jangan biarkan diri kita & orang lain menjadi mangsa korban di jalan raya...
Hayati kata-kata di bawah ini:-
Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.
‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.
‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.
Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).Akhir kata hayati ibadah korban dengan erti kata yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment