Friday, June 4, 2010
Friday, April 30, 2010
LABOUR DAY
Tuesday, April 6, 2010
Manfaat Berjalan Kaki
| |
Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan
RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.
Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.
Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:
- Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
- Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
- Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
- Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
- Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.
- Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
- Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
- Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
- Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Tip jalan laju
- Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
- Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
- Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
- Gerakkan lengan ketika berjalan
- Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
- Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman
Wednesday, February 24, 2010
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
FOR INFORMATIONFriday, February 12, 2010
HAPPY CHINESE NEW YEAR
DUMM DUMM CHENG DUMM DUMM CHENG DUMM DUMM CHENG.............ANG PAU ANG PAU
14HB FEBRUARY NIE SEMUA WARGA CHINA DI SELURUH DUNIA AKAN MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.TAK KIRA TUA MUDA SEMUA AKAN MERAIKAN DENGAN CERIA.
DIMALAYSIA PERAYAAN SEBEGINI AKAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA TAK KIRA BANGSA & AGAMA.ITULAH DINAMAKAN 1 MALAYSIA.
SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA NIE SAYA NAK AMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN GONG XI FA CAI KEPADA FAMILY MAK SAYA YANG BERADA KAT SG. RUAN RAUB,AUNTIE2 & UNCLE2 FAMILY,KAWAN2 & SELURUH WARGA MALAYSIA TAK KIRA DIMANA PUN BERADA SEMOGA KEDATANGAN TAHUN HARIMAU INI MEMBAWA KECERIAAN UNTUK KITA.
INSYAALLAH RAYA KEDUA SAYA & FAMILY AKAN MENZIARAHI FAMILY CINA BELAH MAK & KAMI AKAN BERKUMPUL DI RUMAH NENEK CINA.WALAUPUN BERLAINAN AGAMA TAPI IKATAN ADIK BERADIK TETAP TIDAK AKAN PUTUS.
Gong Xi Fa Cai !!
Monday, February 8, 2010
Lama sudah rasanya x buka blog nie....tup tup tup dah masuk bln february dah sekejapnye mase berlalu....betapa begitu cepatnye masa nie berputar .....rasanya baru je sambut thn baru 2010.
Sekarang nie busy ckit ngan keje....tapi dlm cbuk2 keje pun sempat gak nak pegi gym..hehehe
Akhirnya join gak member Celebrity Fitness.Mulai minggu lepas abis keje dlm kul 6pm pegi gym. Bukan apa pegi gym nie bagus utk kesihatan disamping dpt mengurang lemak-lemak yg ada kat badan nie....hehehe.Kepada org diluar sana jgn salah faham dengan gym nie ia bukannye utk menguruskan badan tp tempat utk kita menjaga kesihatan.Org gemuk,org kurus,remaja,kanak2,org tua & org muda semuanya blh pegi gym ia tiada had.So far di celebrity fitness nie okla,yuran pun murah,ada berbagai-bagai peralatan bersenam,senamrobik,dance yoga,sauna dsbg.Memang puas hati la.Disamping tu gak blh menambahkan kenalan mengeratkan silaturahim.
KESIHATAN AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA .
BADAN SIHAT MINDA CERGAS KEHIDUPAN PUN CERIA.
