Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

FOR INFORMATION

Friday, February 12, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR

GONG XI GONG XI GONG XI
GONG XI FA CAI!!!!!!!!!

DUMM DUMM CHENG DUMM DUMM CHENG DUMM DUMM CHENG.............ANG PAU ANG PAU
14HB FEBRUARY NIE SEMUA WARGA CHINA DI SELURUH DUNIA AKAN MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.TAK KIRA TUA MUDA SEMUA AKAN MERAIKAN DENGAN CERIA.
DIMALAYSIA PERAYAAN SEBEGINI AKAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA TAK KIRA BANGSA & AGAMA.ITULAH DINAMAKAN 1 MALAYSIA.

SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA NIE SAYA NAK AMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN GONG XI FA CAI KEPADA FAMILY MAK SAYA YANG BERADA KAT SG. RUAN RAUB,AUNTIE2 & UNCLE2 FAMILY,KAWAN2 & SELURUH WARGA MALAYSIA TAK KIRA DIMANA PUN BERADA SEMOGA KEDATANGAN TAHUN HARIMAU INI MEMBAWA KECERIAAN UNTUK KITA.

INSYAALLAH RAYA KEDUA SAYA & FAMILY AKAN MENZIARAHI FAMILY CINA BELAH MAK & KAMI AKAN BERKUMPUL DI RUMAH NENEK CINA.WALAUPUN BERLAINAN AGAMA TAPI IKATAN ADIK BERADIK TETAP TIDAK AKAN PUTUS.


Happy Prosperous Chinese New Year 2010
Gong Xi Fa Cai !!

Monday, February 8, 2010

SALAM

Lama sudah rasanya x buka blog nie....tup tup tup dah masuk bln february dah sekejapnye mase berlalu....betapa begitu cepatnye masa nie berputar .....rasanya baru je sambut thn baru 2010.
Sekarang nie busy ckit ngan keje....tapi dlm cbuk2 keje pun sempat gak nak pegi gym..hehehe
Akhirnya join gak member Celebrity Fitness.Mulai minggu lepas abis keje dlm kul 6pm pegi gym. Bukan apa pegi gym nie bagus utk kesihatan disamping dpt mengurang lemak-lemak yg ada kat badan nie....hehehe.Kepada org diluar sana jgn salah faham dengan gym nie ia bukannye utk menguruskan badan tp tempat utk kita menjaga kesihatan.Org gemuk,org kurus,remaja,kanak2,org tua & org muda semuanya blh pegi gym ia tiada had.So far di celebrity fitness nie okla,yuran pun murah,ada berbagai-bagai peralatan bersenam,senamrobik,dance yoga,sauna dsbg.Memang puas hati la.Disamping tu gak blh menambahkan kenalan mengeratkan silaturahim.

KESIHATAN AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA .
BADAN SIHAT MINDA CERGAS KEHIDUPAN PUN CERIA.